Syukran. Alamdulillah. Terima kasih ya ALLAH. I love you ALLAH.
One Deen
The right deen only refers to islam.Never change it.
Jeongi
don't you wanna know more?
Name : @Nurulanisshukri From : Malaysia Likes : Anyting except pink. Dislikes : Tikus. People touch my ear. Location : Atas BUMI ALLAH Motto : No boys no couples. Description : Hate people who insults others.
Assalamualaikum semua pembaca blog saya. *kriik kriik.. Ok2, saya faham. Korang semua mesti letih an nak baca salam ade dua. Pastu kena jawab lagi? Takpe, saje nak tambah pahala korang. InsyaALLAH.
Hehe.... Jangan marah aaa... Hah' ni,kalau kita berkawan bukan kita kawan ngan sorg je an? Mesti ramai2 an? Hemm, and dalam ramai2 tu mesti ada yang kawan yang annoying, gedik, menyampah, and watever. Betul tak? And membuatkan yg annoying2 tu korang menyampah sangat2 an?
Ni aku nak share sikit, kenapa kawan2 kita masa sekolah rendah dulu. Kita tak menyampah walaupon dia annoying mana. Then, bila masuk sekolah menengah jumpa kawan baru yg annoying rasa mcm "EII,Apa minah ni? Menggedik. Menyampah aku"
Betul tak? Hah... komfem betul. Sebab aku penah alami benda ni. Aku rasa macam tiba2 nak menggedik minah ni apehal? Padahal perangai dia sebenanye sama je ngan kawan kita yang dulu. Bila dah lama2 kawan dengan kawan yang baru. Barulah aku paham. Sebenarnya kita yang tak nak terima kehadiran orang baru dalam hidup kita.
Means kita nak kawan kita yang sekepala je, yang x sekepala x nak kawan. Betul tak? Betul en? Hemm... Kadang2, dalam kita berkawan kita kena jugak mengalah. Kalau kita tak mengalah macam mana kita nak baik ngan orang. Takkanlah sikit2 nak merajuk, sikit2 nak merajuk bila orang buat salah. Sikit2 nak mengamuk bila org buat salah. Kalau mcm tu, bosanlah berkawan. Aku pon rasa mcm eeii malas ah nak kwn ngan org. Bia kwn ngan cicak pon.
K, first. Benda yang penting kita kena buat ialah kita kena mengalah. Contohlah, kita bergurau sikit je. Kita rasa macam gurauan kita sekadar gurau kasar atau gurau lawak. Tapi, kita tak tahu yang kawan kita sebenanye terasa dengan gurauan tu. Jadi, kita janganlah letak ego di tahap yang tinggi kalau org yang kau bergurau tu terasa and merajuk x nak cakap ngan kau. Kau pon ikut sama ngan dia muncung. Cuba rilek dulu, jangan terus mengamuk. Contoh mengamuk. "Apahal pulak dia nak terasa? Hakalah, aku gurau je pon. Yang nak terasa lebih apahal? Menyampah!"
Hah' betul tak? Cuba kita fikir dulu apa sebenarnya yang dia tak puas hati? K, kalau korang takut nak pergi tanya dia. Mintaklah tolong kawan yang "tiba2" rapat ngan dia. Mintak tlg tanyakan. Pastu, kalau ego tu tinggi sangat. Cuba buat macam tak ada apa2 jadi.
And untuk pihak yang terasa pulak. Cuba macam korang buat benda tu macam tak ada apa2. Kalau nak terasa pon, jangan balas. Diam. Kalau nak bagitau dia yang korang marah. Tunjuk ekspresi muka and jauhkan drpd orang tu sekejap je. Jangan lama2 sampai dua hari cmtu.
Cuba tenangkan diri beberapa jam kejap. And cuba buat lawak sekali. Pastu, pandang je muka orang yang buat kita terasa tu lama2. Pastu try buat lawak sekali ngan dia. InsyaALLAH kalau korg betul2 malas nak gaduh, ALLAH akan hilangkan perasaan marah and menyampah tadi tu.
Mulai sekarang, aku nak suggestkan kat korang. Cuba kawal emosi. And diam bila ada orang buat korang sakit hati. Kadang2 kita kena mengalah. Jangan sorang sakit hati pastu balas balas balas. Bila nak berbaik kan? Contohlah.
A: Mulut kau pon jaga ah. Nka tegur salah aku pon tak yah tengking2.
B: bla bla bla (masih bergaduh)
A: bla bla bla (Masih membalas)
Hah... tengok.. Bila nak habis? Cuba tengok contoh ni pulak.
A: Kau ni kenapalah gemuk sangat?
B: Emm... Entahlah. Makan banyak kot.
A: Hahaha! Aku pon makan banyak. Aku pon rasa cam dah gemuk.
B: Eleh kau, makan jelah banyak mana, tak gemuk pon. Lain lah aku.
A: Tak apa. Gemuk pon aku sayang kau. Hhaa!
Hah'. Kan best kalau mengalah. Rasa macam lagi sayang kat kawan kita. Macam tulah kita nak rapatkan ukhuwah. Kalau asyik nak gaduh je bila lah nak rasa kenikmatan berkawan tu? Kita kawan kerana ALLAH. Baru dapat redanya.
Selalulah berdoa dekat ALLAH supaya ukhuwah kita kekal sampai jannah. :)
Note: Jika ada terkasar bahasa, maafkan saya. Jika bosan post ni. Sorry. Tapi, ambiklah sedikit input daripada post saya ni. Assalamualaikum.