Syukran. Alamdulillah. Terima kasih ya ALLAH. I love you ALLAH.
One Deen
The right deen only refers to islam.Never change it.
Jeongi
don't you wanna know more?
Name : @Nurulanisshukri From : Malaysia Likes : Anyting except pink. Dislikes : Tikus. People touch my ear. Location : Atas BUMI ALLAH Motto : No boys no couples. Description : Hate people who insults others.
Seorang lagi Ahmad Ammar yang pergi meninggalkan kita. Walaupun Abang Zuhairi dah pergi meninggalkan kami. Kami tetap rasa akan kehadiranmu. Time kitorang qasidah, terbayang yang Abang Zuhairi masih bermain gendang bersama. Walaupun, kami tak berapa kenal Abang Zuhairi. Tapi, cukuplah tengok muka dari jauh boleh buat orang jadi tenang. Cikgu2 pun selalu cakap Abang Zuhairi seorang anak yang baik, pelajar yang baik. Walaupun pelajarannya tak berapa bagus. Tapi, akhlaknya tip top.
Bukan cikgu je yang cakap dia baik, hatta makcik guard sekalipun menangis bila tau dia dah meninggal. Dia pun selalu senyum, dan tak pernah buat muka walaupun cikgu tengah marah.Cikgu pun tak jadi nak marah sebab dia pulak yang tanya cikgu "cikgu ok?" sambil tersenyum. Patutnya cikgu tanya dia. Hem.. rindunya.
Dia pun selalu ajak kawan2 dia berqasidah di surau2. Cikgu2 semua sedih bercampur happy sebab dia pergi dengan tenang. InsyaALLAH. First time kitorang dengar Abang Muammar buat pengunguman "Perhatian kepada pelajar sma maiwp. Disini ada berita yang menyedihkan, salah seorang daripada alumni kita iaitu Ahmad Zuhairi bin Haji Fauzi telah terlibat dalam kemalangan. Dan mengalami pendarahan otak. Semua pelajar dibenarkan pulang pada jam 10.30 untuk menunaikan solat hajat"
Lepas je kami dengar, ada yang menangis, ada yang terpinga2 macam tak percaya. Memang semua sedih tentang kejadian yang berlaku kat dia. Sangat2 sedih. Walaupun kami tak rapat, tapi perasaan junior dengan senior tu sangat dekat. Kalau cikgu2 masuk kelas cerita pasal Abang Zuhairi, time nak describe Abang Zuhairi tu macam mana, mesti cikgu2 akan menangis. Sebab cikgu akan teringat senyuman dia.
Ada jugak orang cerita, bila cikgu melawat dia, bagi dia kata2 semangat,dia mengeluarkan air mata.(Wallahualam). Walaupun dia koma, kami tau yang dia dengar kata2 semangat yang diberi kepada dia. Kawan-kawan dia semua sanggup teman dia masa dia dalam wad ICU, sampai sanggup jaga dia malam2 gilir2. Paling best, Abang Remy minta kat cikgu2 supaya lepaskan diorang ambik result lambat sebab nak tunggu Abang Zuhairi untuk test pada pukul 9 pagi. Ukhuwah diorang sangat rapat.
Kesian Abang Zuhairi, sebab pembedahan dia tak berjalan dengan lancar sebab kepala dia masih mengeluarkan darah. Dan sebab tu pembedahan tak dapat dijalankan. Jadi, selama 5 hari dia duduk dalam wad ICU. Sebenarnya doktor memang dah cakap dia dah meninggal dunia sebab kalau otak tak berfungsi maknanya dia dah tak ada harapan untuk hidup tapi badan dia masih bergerak dalam diam.
Sepanjang 5 hari tu, kami tak berhenti mendoakan dia dan melakukan solat hajat dan bacaan yassin. Semua berdoa supaya selamatkan Abang Zuhairi. Tapi, masa tu aku doa "Ya ALLAH, jika hidup itu lebih baik untuk dia , maka kau hidupkanlah dia, tapi jika mati itu lebih baik untuk dia, maka matikanlah dia" Ternyata ALLAH lebih sayang Abang Zuhairi. Abang Wan Shahmi cakap "Saya tak sedih kalau Zuhairi pergi, sebab saya tau dia pergi dengan tenang"
Masa hari khamis, pukul 9 pagi. Test yang pertama ialah doktor bukak alat pernafasan Abang Zuhairi sebab nak tau dia boleh bernafas sendiri atau tidak. Bila dah bukak, rupanya Abang Zuhairi tak dapat bernafas dengan sendiri. Maknanya, ALLAH lebih sayangkan dia. Tapi doktor buat test ke-2 masa pukul 2 petang. Takut2 ALLAH tunjukkan keajaiban Abang Zuhairi hidup.
Tapi masa test ke-2 tu pon gagal dan doktor sahkan dia memang dah meninggal dunia. Waktu pukul 2 tu hujan turun dengan lebat. Nak cakap tangisi pemergian Abang Zuhairi pon tak leh jugak sebab hujan itu rahmat ALLAH. Tapi, tulah seolah-olah bumi sedang tangisi pemergiannya. Sebelum hari khamis tu, memang ada cikgu2 mimpi Abang Zuhairi memang akan pergi. Mak ayah dia pon reda kalau Abang Zuhairi pergi. Masa Abang Zuhairi dah disahkan meninggal, kawan2 dia menangis.
Pastu, Abang Remy kol Ustz kashful ckp, "Ustz, Zuhairi dah takdek." Then dia menangis, masa kami dengar cerita ni, masa tula hati jadi sebak, semua menangis. Abang Zuhairi ialah pelajar Sma maiwp yang pertama yang meninggal dunia. Jadi kami terasa sedih dan Abang Zuhairi menjadi sejarah Sma maiwp. Walaupun dia dah pergi, kehadiran dia sangat terasa. Dan kami akan sentiasa qasidah dan mengenang jasa dia. Walau apa pun, kita yang hidup teruskan perjuangan. Semoga beliau dicucuri rahmat dan berada dalam golongan beriman. AL-FATIHAH BUAT BELIAU.
Sedutan dari facebook.
Semoga tenang di sana. Kami sentiasa mendoakan kamu.