One Deen
The right deen only refers to islam.Never change it.
Jeongi
don't you wanna know more?
Name : @Nurulanisshukri
From : Malaysia
Likes : Anyting except pink.
Dislikes : Tikus. People touch my ear.
Location : Atas BUMI ALLAH
Motto : No boys no couples.
Description : Hate people who insults others.Tumblr Facebook Twitter Blogger Blogskins Chingu
Visit them..!!
DeannaAdleena EijatAbdullah Princessminie HambaALLAH
ImaninaAziz Hani Alisya my friends
my friends my friends my friends my friends
my friends my friends my friends my friends
Credits
Respect me then,
template : Red.Velvet
pattern : justinnyurr and colourlovers
tutorial : tutorialzine
Saranghaeyo
loving random thingy
Don't critize
-
Cinta dan harapan.
Sunday 11 September 201620:11 0 Comment(s)
Assalamualaikum semua!!!!
Hahahahahaha lagi sekali post ketiga untuk cuti yang panjang ni. Kepada semua umat islam, selamat hari raya aidiladha!!!! Kepada yang berpuasa untuk sunat arafah semalam. Tahniah!!! Semoga doa yang kita doa semalam tu dimakbulkan Allah. Aamiinn...
Jadi. Straight to the point, Ada satu persoalan iaitu adakah cinta itu boleh membuatkan seseorang itu menjadi seorang yang lebih baik? Adakah?
Pada aku, jawapan dia boleh jadi 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama dia boleh jadi lebih baik sebab dia nak tunjuk kat orang yang dia sayang tu dia baik. Dia boleh jadi yang terbaik utk orang yang dia sayang tu.
Kemungkinan kedua dia boleh jadi lebih buruk sebab dia terlampau pikir pasal orang yang dia sayang tu. Lagi2 kalau dia buat orang yang dia sayang tu kecewa or what. Ini adalah pendapat aku.
Tapi sedar tak sedar itu semua sebenarnya hanya akan terjadi jika kita letakkan cinta kita itu kepada manusia. Lain pula kejadiannya jika kita meletakkan cinta tu kepada pencipta kita. Sebab apa? Sebab pencipta kita kekal selamanya. Tapi kalau kita cinta kepada manusia, setiap manusia akan pergi meninggalkan kita.
Perubahan? Setiap orang inginkan perubahan. Kalau kita berubah kerana Allah, perubahan kita itu akan kekal selamanya. Kalau kita berubah kerana ibu ayah kita, satu hari nanti ibu ayah kita akan pergi dan akan meninggalkan kita. Sampailah kita akan rasa sia2 je berubah sebab ibu ayah kita dah takdek. Kembali semula seperti dahulu. Kalau kita berubah kerana orang yang kita suka, kita tidak tahu adakah dia itu milik kita. Jika satu hari nanti orang lain yang memilikinya, sekali lagi kekecewaan menerpa diri kita dan kita rasa sia2 akan perubahan yang baik itu. Jika kita berubah kerana kawan? Kawan juga tidak kekal lama. Berubah ubah. Allah akan uji hubungan kita dengan kawan. Jika satu hari kita bergaduh dengan dia? Kita berubah kepada yang dulu semula. Kerana itulah kita berubah kerana Allah. Kerana Allah kekal selamanya. Kerana Allah sebaik2 kawan yang kita ada. Sentiasa ada bersama kita. Walau kita cakap dalam hati, masih ada yang mendengar. Kenapa perlu sedih akan perubahan yang tidak disedari oleh sekalian manusia sedangkan orang yang paling dekat dengan kita ada dan bersedia untuk membantu dan mendengar kita. Allahu sami'.
Ada satu quotes yang aku dapat daripada buku dan aku pegang sampai sekarang "cari Dia. Jumpa Semua" . Iye, ini benar. Jika kita mencari Allah yang pertama. Dia dapat segalanya. Jika kita tidak menjumpai penyelesaiannya lagi. Sekurang2 nya kita dapat ketenangan bukan? Jadi, cinta Allah utamakan Allah dahulu sebelum selainnya. "Kalau kita betul2 cinta kepada Allah. Kenapa kita perlu berharap pada manusia? Kenapa tak berharap pada Allah? So, berhenti mengharap dan just doa jika kita betul2 ikhlas keranaNYA" . Sama2 berubah, semoga Allah membantu kita. Mari kita2 sama menaiki flight menuju ke cinta Allah. ✈️✈️✈️
« Older Newer »