One Deen
The right deen only refers to islam.Never change it.
Jeongi
don't you wanna know more?
Name : @Nurulanisshukri
From : Malaysia
Likes : Anyting except pink.
Dislikes : Tikus. People touch my ear.
Location : Atas BUMI ALLAH
Motto : No boys no couples.
Description : Hate people who insults others.Tumblr Facebook Twitter Blogger Blogskins Chingu
Visit them..!!
DeannaAdleena EijatAbdullah Princessminie HambaALLAH
ImaninaAziz Hani Alisya my friends
my friends my friends my friends my friends
my friends my friends my friends my friends
Credits
Respect me then,
template : Red.Velvet
pattern : justinnyurr and colourlovers
tutorial : tutorialzine
Saranghaeyo
loving random thingy
Don't critize
-
SMA MUMTAZ SOFI
Saturday 10 September 201620:13 0 Comment(s)
Weyh, lama sangat aku tak update blog ni. Ya Allah ya tuhanku. Apa dah jadi dengan blog ni? Orang datang jenguk pon dah muak tengok. Takdek ke post baru? Hahaahhahaha. (Masalahnya ada ke yang jenguk?) watever. Kau tak tau ada lah 2 3 orang dok cakap "shuk, bila nak update blog tu? Ana bukak blog takdek post baru. Sakit hati!!! Eii" . Jadi aku mengkonklusikan bahawa adalah tu yang baca blog aku. Hahahahaha. Jadi ni adalah new post entry. Kekekekekekekkeke.... For a long time and this is the first time. Ahahahahahahhahahhaahahhaaha.... Ok ok. Dah lama tak meroyan kan macam ni lah jadinya. Kau tak tau betapa seksanya nak post pebende ni. Guna telefon. Kau rasa? Memang tak feel lah. Hehhhhh... Takpelah.
So we go back to our topic SMA MUMTAZ SOFI. Yeahhhhh, kalau orang yang baca ni bukan daripada kalangan budak sekolah aku. Mesti tertanya2, apa benda lah tu??? So secara ringkasnya ia adalah sijil menengah agama. Ada banyak ye subjek dalam SMA ni. Dan its from azhari. Tauhid fekah tafsir hadis quran tahwid tarikh islam nahu sorof mutalaah insya balaghah. Haaa, sikit je kan? 6 subjek je kot. Fully arabiah. Haaaaa kau. Hahahaha. Dan sekarang ni kami form 4 yang akan mendudukinya. Nak dijadikan cerita kami adalah batch second last yang akan ambil SMA ni sebab batch lepas batch bawah kami bermulanya kokurikulum dini. Jadi harapan orang sekeliling terhadap kami terhadap kejayaan dan kecemerlangan kami adalah tinggi. Fuhhhhh... Kus semangat aku weyh. Sebab terlampau ramai orang berharap kami ni akan naikkan nama sekolah untuk SMA ni. Ya Allah, kau bantulah batch aku 107. Semoga semua dapat menghafal keranamu ya Allah. Dan mudahkanlah penghafalan kami. Hoho.
Nak berceritanya lagi, kami batch millenium baru je habis menduduki exam trial SMA. MashaAllah penyiksaan dia, Allah je yang tahu. Penyeksaan nak lawan perasaan malas nak hafal, penyeksaaan nak lawan nafsu nak balik nak tidur nak bercakap nak makan. Memang sangat seksa ye kawan2. Seminggu ni orang pegang buku SMA je. Cakap pon sentiasa pasal SMA. Bila nak cakap pasal benda lain tu istighfar cepat2 pastu terus ingat SMA balik. Nak dikatakan baguslah SMA ni. Mengingatkan kita kepada tuhan. Haaaaa, kau hado??? Seminggu sebelum exam SMA tu. Macam biasa jadual anjal. Kitorang ni ada lah yang bersemangat tu dah start pulun hafal. Untuk orang macam aku(bajet pandai) rilek dulu. Kita slow slow. Hahahahahaha. Kau tak gila ke??? Seminggu sebelum exam tu. Hari khamis tu ada pra trial tafsir hadis ngan pra trial tauhid fekah sekali gus. Kau tak penat ke nak bahagi masa nak hafal apa dulu? Ya Allah sakit otak nak nak bahagikan masa nak hafal yang mana satu. Nak menangis pon ada. Saba jelah.
Takpelah, aku memang dah pesan awal2 kat kawan2 aku. Please nak hafal tarik aku ajak aku. Sebab kemalasan nak menghafal tu mashaAllah. Allah je tahu. Waktu hari sabtu tu pon masih cuba mencari mood untuk menghafal. Tapi entahlah. Tak jumpa lagi. Eh eh adalah jumpalah. Haah lupa. Hari sabtu tu kami milletch puteri hafal di padang waktu pagi. Haaaaa sampailah rehat. Pastu masuk kelas. Haahlah. Masa tu pagi2 tu semangat gila. Gi tengah padang menghafal. Hahahahahahah. Seronok kau tau??? Lepastu deena join duduk sebelah. Haah, yeah, for your information. Deena adalah teman penghafalan saya sepanjang SMA. Hahahahhaha.. Seronok hafal ngan deena. Berlawan sape palig cepat. Hahahahha. Haritu pagi hafal tafsir 5. Hahahah. Tu yang masyi sikit tafsir 5. Dah lama bosan tu, kami pon dah hilang arah. Hahahahaha. Berjalan2 macam orang tak tau nak pergi mana sampailah rehat.. Hari isnin tu periksa tafsir hadis. HAHAHAHAHAHAHHAH FEVERET SUBJEK HANI HISHAM. Ok tu nama main petik je. Hahahahahaha. Ustzh kata baca dari hadis 1-6. Tafsir 1-7. Kau bayangkan dengar je tu aku nak menangis. Bayangkan tafsir aku baru masyi tafsir 1,2,4. Mana nak celup tafsir 3,5,6,7. Ok mesti pelik en asal terus skip 4? Hahaha. Sebabnya aku tak suka tafsir 3. -,,- (eh boleh eh suka tak suka). Takdeklah bagi aku tafsir 3 susah. So aku hafal nak tak nak jelah. Tu pon sebenanye tak hafal pon. Seriusly.
Malam ahad tu, aku just fokus on tafsir 1,2,4,5. Weyh banyak lah tu. Dengan tambahan hadis 1,2,4. Hahahaahhahaha nampak tak memang skip 3. Esok tu masuk lah dewan exam. Memang cuak ah sumpah cuak. Dengan tangannya buat hal. Basah time exam. Nak lap kat mana pon aku tak tau. Eiii geram betul. Tapi en nak dijadikan cerita en, aku puasa hari isnin haritu. Tapi takdeklah nak kata mulut masin ke apa. Aku tetibe terdetik pagi tu. "Emmm tafsir ada lima pilihan. And ustzh kata masuk 1-7. Andai kata tafsir 1 kan komfem masuk. Pastu tafsir 6,7 masuk. And then tafsir 2 masuk. Ok ada satu lgi pilihan. Dan apa yang masuk tu adalah tafsir 3. Dan tiada tafsir 4&5. Mcm mana?
Aku nak jawab apa?" Aku ingat lagi aku cakap ni kat hara. And hara pon kata. "Emmm takdeklah, tak kot. Takkan nak letak tafsir 6&7 dekat2?? Takkanlah" aku pon dengan penuh kepercayaan. Baiklah. Refresh jelah apa yang kau dah hafal. HAHAHAHAHAHAHAHHA NAK DIKATAKAN BETAPA MASIN NYA HATI DAN MULUT INI. Apa yang aku terdetik tu itulah terjadi. Dan aku berkrik2 melihat tafsir 3 kerana aku terpaksa menjawab tafsir 3 disebabkan aku pernah baca dan tafsir 6&7 aku x hafal. Ok ok ok. Time ni Allah je tahu betapa menyesalnya aku. Serius menyesal. Dapat la jawab sikit. Target aku utk tu 10 markah ke bawah. Tak taulah apa nasib. Doa jelah untuk aku.
Lepas je tafsir hadis. Aku memang serius dah menyesal tak nak spot masuk apa. Kan padan muka. Sape suruh spot masuk apa2. Hehhh... Takpelah. Hari kedua subjek nahu sorof. Subjek rilek sikit. Jadi petang ni habahahahhahaahaha dihabiskan masa menghafal separuh sedar. Hahahahahahha. Gila tak gila. Otak dah jadi zombie akibat berpuasa itu hari. Takpelah. Esok tu sekali lagi di dalam dewan exam. PALING KILLER PALING GILA!!! Sumpah tak tipu. Bapak susah. Nak menangis aku tengok soalan 😭😭😭😭😭🔫🔫🔫 paling sengal aku tak amik piihan jawapan yang sepatutnya sng bagi org lain tapi bagi aku susah. Lol kan anis shukri. Hoho. Sedih tau x? Diammah. K move on ah. Esok tu tauhid fekah. Entah kenapa subjek tauhid fekah semangat. And haritu pon berpuasa jugak. Puasa sunat zulhijjah. Sebab haritu forum kata paling penting kita kene banyakkan berpuasa dan beristighfar(satu lagi lupa). Ok setiap malam minggu exam memang aku tidur awal. Tak pernah tidur lambat. Naik je lepas roll call terus amik wudhu solat sunat jemaah ngan batch pastu terus tidur. Biasanya kol 12 light off terus tidur. Yeahhh, i follow what teacher had said. Wake up not stay up. Pagi tu alya farhana kejut pukul 4.30. Tak tahu kenapa semangat gila haritu. Biasanya ada lah sisa mengantuk. Ni memang bangun dah segar. Gi mandi pastu solat pastu belajar kat bilik aktiviti. Nak katanya memang bersyukur gila lah sebab seminggu exam tu. Setiap pagi angin sejuk hujan berderai derai... Haaa lantak lah bahasa aku hancur pon. Tapi memang fe feeling habis laaa. Alhamdulillah 'ala kulli nikmat. Pastu pastu memang tak tidur ah sampai lah turun solat subuh. Semangat gila. Dengan imamnya baca pendek(hiho) lagilah alhamdulillah. Bersyukur. Duduk sof pertama kau nak kata apa? Serius semangat(bukannya sebelum ni x penah sof depan. Tapi ni sof dpn tengah) ok abaikan segala benda tu.
So sekali lagi tah berapa kali masuk dewan exam jawab periksa tauhid fekah dengan semangatna. Haaaa, sebelum masuk dewan exam. I ada refresh pasal kaffarah zihar. Memang apa yang bukak sebelum exam tu apabyang terdetik kat hati je. Then bacalah. Adalah orang2 dekat ngan aku yang nak dengar aku bebel tu. Aku bagitau lah. Diorang dengan dengan khusyuknya. Sekadar mengambil tahu. Pastu masuk dewan exam tawakkal. Bukak kertas soalan. Alhamdulillah adalah kejap senyum kejap masam. Hahahahaha. Siap boleh berdebat bincang pasal soalan ngan ustz hafiz. Sonok benaaa tu haaaa jawab soalan. Pastu, en. MashaAllah kuasa Allah. Kaffarah zihar masuk 😂😂😂😂 habis je exam. Orang yang ada di sekeliling tu eksaited kejar(ok dua org je sebena hannah and tyrah) duk cakap thanks shuk thanks thanks. Sebab enti ana dapat jawab. Aku macam. Heshhhh, mana ada sebab aku. Aku just refresh apa yang aku dah hafal je. Janganlah puji melebih. Dosa riya' ni. Astaghfirullah. Pastu happy jelah jawab tauhid fekah tu. Pastu sedih nye en lepas je exam berlakulah sesuatu yang menyakitkan hati kami. Kami terpaksa berpindah tmpt drpd tgkt 7 turun ke alfarabi sebab ada cikgu nak guna tempat kitorang. Ok takpelah. Dengan pasrahnya walaupon dah ramai merungut yelah bayangkanlah lepas je habis TF, kitorg nak raikan gi makan kantin. Hehh, lastly kena lari tingkat tujuh untuk amik barang then turun tingkat 3 balik. Redha jelah milletch. Then waktu kat alfarabi. Ramai yang bersembang. Hahahaha. Mentang2 lah esok mutalaah insya'. Aku pulak dengan sengalnya buka buku tauhid nak check jawapan. Check punya check tup tup...... Benda yang aku dh terdetik salah kat dlm dewan exam, memang SALAH!!!!!! 2 markah kau tau x???? Aku dah meracau waktu tu macam orang gila. Amik kertas aku robek robek sampai kadi cebisan sebab terasa diri ni terlampau bodoh sebab eiiiii dah baca kot selalu bende simple pon salah. Memang aku takkan lupa bendalah tu.
Macam orang gila aku meroyan. Kesah apa aku. Terus frust down aku tak target mumtaz dah utk tauhid fekah 😭😭😭😭😭😭🔫🔫. Redha jelah. Pastu pendek cerita untuk mutolaah insya'. Insya' ada tajuk rehlah ila putrajaya. Tak taulah sape yang sengal gi buat soalan centu. Sebagai penduduk putrajaya aku sendiri tak tau nak rehlah(berkelah/ziarah) kat putrajaya tu. Last sekali aku hentam jelah masjid putra besi taman warisan wetland alamanda. Haaaaa bedal jelah. Asal kau jawab. Dahlah soalan pertama sng sebab dah bagi point. Masalahnya ustzh tak kasi buat yg karangan surat. Aku mengikut arah . Huhuhu. Pastu petang tu semua kembali pulun menghafal tarikh islam. Aku entahlah takdek mood nak menghafal agaknya. Dok amik kertas main conteng2.(bajet pandai 2) . Pastu petang tu baru semangat sikit nak hafal. Malam tu baca je tak hafal pon dari bab 1-4. Pahamkan. Lol. Pastu ada benda yang terjadi menyebabkan semua down tak nak hafal. Ada yang ingatkan ESOK BALIK. So memang ada jelah yang termenung mengenangkan nak balik. Aku abaikan semua tu duk di ceruk dinding di tingkap baca sorang2. Kalau ada sorang orang gila boleh join aku ababahahahahha. Pastu takdeklah fokuskan kat bab sultan muhammad alfateh. Baca on x baca je. Then esok utk terakhirnya exam, gelabah gila sampai mintak pelukan semua orang hahaahhahaha. Dan paling happy bila buka kertas soalan memang dah nak WAFATNYA SULTAN MUHAMMAD ALFATEH DAN AKU TAK BACA BENDALAH TU DAN AKU PALING BENGANG AKU DAH BULAT JAWAPAN YANG BETUL DAN AKU GI TUKAR JAWAPAN YANG SALAH. Anis shukri is so...... Erggghhhh!! Stress ngan diri sendiri. Even itu paper last exam. And haritu akan balik. Still tak rasa happy. Sebab tak rasa macam alu dah lepaskan segalanya di kertas. Sebab banyak masuk apa yang aku tak hafal. Geram geram.
Jadi nak katanya selepas berpanjang jela aku cerita pengalamn aku untuk seminggu ni. Nak jata yang kita kena prepare dari sekarang. Bukannya seminggu sebelum exAm baru nak pulun semua subjek. Otak manusia mana mampu kak abang oi. Belajar kene smart au. Even menghafal kita kena smart ada cara dia. So itu memang pengajaran untuk aku sebelum Exam SMA yang sebanar. Dan aku akan pastikan insyaAllah dengan berkat doa dan reda Allah. Aku nak mumtaz SOFI. Dan semalam ada lah ayat sentapan mak aku kasi, aku nak bagi sentap kat adik aku Faris. Aku yang tersentap. Aku kata kat dia "faris, kau tak payah pikirlah pusr dan upsra tu penting ke tak. Kau pikir kau buat betul2 utk Allah then utk banggakan mak abah. Tu je" then mak kata "salah tu. Bukan untuk banggakan mak abah. Untuk dapat reda Allah. Kalau kita usaha bersungguh pon. Tapi kalau Allah tak reda. Tak dapat jugak. Tak penting pon bahagianya mak abah ni. Yang penting bahagia Allah dulu. Reda Allah dulu" . MashAAllah sentap tak anak2??? Maka bermuhasabahlah diri anda. Sejauh mana keihlasan anda untuk ambil SMA ni. Betul tidak? Dan abaikan semua perkara karut masalah remaja yang korang sedang hadapi. Anggaplah itu hanyalah halangan untuk korang terus berusaha dan terus berkorban. Sebab bukan senang nak masuk syurga. Allah bagi ujian sebab nak tengok kita ni betul2 nak syurga tau tidak? Kita sanggup tak berkorban demi DIA. Satu quotes aku jumpa daripada buku diagnosi "cari DIA. Jumpa semua". Jadi aku berpegang kepada tu. And for all the milletch 107, yang mana yang tinggal jelah. Yang mana yang rasa nak pindah tu. Takpelah. Lupakan jelah. Allah dah tetapkan kita masih perlu teruskan cabar dan ujian di sini. Masih banyak benda manis yang Allah nak bagi. Jadi sama2 kita strive together for SMA MUMTAZ SOFI. Takdek apa yang rugi. Just smile ok? :)
« Older Newer »